Showing posts with label puitis. Show all posts
Showing posts with label puitis. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Kisah kau dan aku.



Antara kau dan aku , terlalu banyak bezanya .Aku akui lelaki dan perempuan diciptakan berbeza supaya dapat melengkapi satu sama lain .Sepanjang hampir dua tahun perkenalan kita , banyak aku pelajari daripada engkau . Aku seakan baru mengenali dunia ini yang sebenarnya . Terlampau banyak memori indah mahupun pahit yang bisa ku kenang kembali . dan pastinya mustahil untuk aku melupainya hanya dengan sekelip mata .Mungkin aku sudah berjaya membuat engkau membenci diriku . Tapi percayalah , ini untuk kebaikan kita berdua .

Kau dan aku , 
banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki . 
Kau tak perlukan aku , sebagaimana aku tak perlukan kau untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini . Kita berdua yakin adanya Tuhan yang Maha Esa . Dia lah satu-satunya tempat yang selayaknya untuk kita memberi seluruh jiwa raga kita .

Aku tahu terlampau berat kita berdua hendak terima hakikat kerana kita berdua telah tergoda dengan bisikan syaitan yang direjam . Tapi selagi matahari belum terbit dari arah yang songsang , semuanya belum terlambat untuk kembali kepada-Nya .

Andai jodoh itu milik kita , aku tetap akan menjadi yang halal bagimu , kerana hanya itu yang ku mohon di dalam setiap doaku 
... 




hasil nukilan: Levlee G


Tuesday, June 14, 2011

Baca menggunakan mata hati.


"Saya boleh cakap saya sayang awak dalam masa beberapa saat sahaja . Kalau nak explain kenapa saya sayang awak , mungkin akan mengambil masa berjam-jam . Tapi kalau nak buktikan yang saya sayang awak , saya perlukan seumur hidup saya ."


;I will give u time for all my lifetime
.


Tuesday, May 4, 2010

Bonda.

Setiap saat ku lalui hidupku bersamamu ibunda,
Ku rasakan ketenangan dan kenyamanan,
Menyusahkan dirimu menjadi kebiasaan,
Namun kau tetap tersenyum riang.

Saat ku masih kecil,
Ku ganggu tidurmu dengan tangisan nakal ku,
Ku sibukkan harimu dengan merawatku,
Namun kau tak pernah mengeluh.

Dan disaat ku beranjak remaja,
Di saat ku sedang mencari jati diriku,
Kau selalu hadir dengan ketegasanmu,
Yang kau balut kasih sayang dan cinta kepadaku.

Namun saat ku beranjak dewasa,
Aku mengecewakanmu,
Ku musnahkan impianmu,
Namun kau tetap tersenyum padaku.

Padahal ku tahu hatimu menangis,
Kau begitu hebat bunda,
Kau biarkan hatimu menangis,
Hanya kerana kau tak mahu melihat diriku bersedih.

Melihat diriku terpukul dengan kegagalanku mewujudkan impianmu,
Dari kecil hingga dewasa tak pernah sekalipun permintaanku kau abaikan,
Dan keinginanku selalu kau kabulkan,
Namun satu impianmu tak bisa kuwujudkan,
Maafkan aku bunda.

Ya ALLAH…
Panjangkanlah umur bundaku,
Kerana ku masih membutuhkannya,
Ku ingin mewujudkan impiannya,
Walau diriku pernah mengecewakannya.

Ya ALLAH...
Hambamu memohon kepadamu,
Jikalau engkau memanggil bundaku tercinta,
Ku mohon padamu Ya Rabbi,
LindungiLah bunda dari api siksamu,
Seperti dia melindungiku selama ini.

Dia membesarkanku dengan izinmu,
Dan disaat kau panggil bundaku,
Kumohon izinmu Ya Rabbi,
Untuk bundaku memasuki syurgamu.



;aihh..tah npe mood mlm nie sayu je. hurmm. t'sentuh bce ni. byk dosa ku terhadap ibu t'cinta...:(

*sumber iluvislam.com

Adam.

Adam,
Kau tercipta untukku,
Tulang rusukku ada padamu,
Janganlah kau sakiti akan diriku,
Belailah aku dengan sikap kesabaranmu.

Adam,
Kau tercipta untukku,
Sayangilah aku,
Bimbinglah akan daku,
Aku wanita lemah ingin seorang pembimbing akan diriku.

Adam,
Kau tercipta untukku,
Jika suatu hari nanti takdir menentu,
Kita akan bersatu menuju kejalan lurus yang satu dengan akad nikah yang jitu.

Adam,
Jika suatu hari ajal maut menunggumu,
Ku redha dengan ketentuan itu,
Ku pasti ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku,
Kerana diriku sudah dibimbing oleh mu.


*sumber iluvislam.com

Saturday, October 31, 2009

hati seorang wanita.

Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus
: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.