Saturday, May 26, 2012

Seoul Garden.

Hello!!! It's holidays again! yeahhh. heeeeeh. Dah lama tak post entry bergambar banyak-banyak. Kali ni nak 'story' kisah haritu kitorang group of 6girls pergi memanjakan perut masing-masing yang memang suka makan kat Seoul Garden IOI Mall . nomnomnom.. So tanpa membuang masa, lets the picture tell you the story....



Sementara tunggu makanan di'masak', kita bergambar dulu.


Lisa yang comey, Diya yang kurus !


Nomnomnomm! 


ice cream yang sangat ummphhh!!!
We love it .


half way of the journey.


tengah watpe tu cik kak?
HAHA...


Seoul Garden.
Great place for food lovers like us!


Muka keriangan selepas perut kekenyangan!
fr. left: lisa,aina,aten,fifi.
aqliah,diya


Thanks Aqliah for drove us here. 
LOVE ALL.
XOXO


Saturday, May 12, 2012

Busy week.

Arghhhhhh....nak jerit boleh tak. Minggu ni sangat la sibuk dengan assignment, present, report, outing lagi... yang last tu mungkin tak patut tersenarai kot. hehee. minggu ni je, dua present aku kena. individual 1,  group 1. yg individual okey kot. lecturer tak komen negative pon. tapi yg group nih..adoiiii......tension2. dengan last minute keje. mmg nampak sangat. slide pun lecturer komen berterabur..kitorang pun sebenarnya tak paham sangat apa yang kitorang present. baca je.... slide pun copypaste.. ampunnn. =_= yang paling ku kuciwa, ada member yang amek bulat2 sumber dari internet tanpa di edit or cut cut mana yang tak perlu.. waaaaaa...memang tak sempat laaa kan semua nak buat a day before presentation.. sedih2. last sekali, lecturer suruh buat balik, I mean betulkan mana yang tak betul dan tambah lagi info yang kurang. bertambah lagi kerja. !! =(

Sekarang relax sikit sebab kat rumah..malas nak pikir hal kat U. Rasa macam nak quit je study nih. nak give up..  huwaaaaaa...!!!!!!!!! okbai...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 29, 2012

My right as Malaysian.


Assalamulaikum.

Testing mic 1,2,3 . hehe. macam nak bagi ucapan pulak. Malam ni aku nak update pasal apa yang tengah kecoh-kecoh kat negara kita sekarang lah. Mentang-mentang dah cukup umur kann.^_^ Mestilah harus ambil tahu dan wajib ambil peduli. Dan hak aku sebagai rakyat Malaysia, nak bersuara gak. Ok . Semua tahu siang tadi dah 'selamat' berlangsungnya Duduk Bantah Bersih. Daripada pandangan aku secara peribadi tulus dari hati yang murni ini, aku TAK SETUJU dengan demonstrasi ni. TAPI..ada tapinya. Macam ni. Kalau betul nak tunjuk kuasa majoriti, nak tuntut keadilan, kat stadium okey apa? Aku paham niat mereka untuk berjuang menuntut ke'bersih'an dalam pilihanraya nanti. Tapi kenapa perlu merusuh ? Serius aku tengok *kat internet lah, bukan live depan mata* ada yang baling-baling divider punya halangan tu, merusuh tak tentu pasal. Relax-relax sudaa. Tu satu hal. Pastu tadi aku buat pemerhatian ke atas komen-komen dari satu facebook page ni. Ada satu komen  tu aku setuju dan aku nak kongsi kat sini ...

"Saya Akan sokong Kalau Nama dia AHMAD ke .. DAUD ke .. SYAHIRUL ke.. Janji di atasnya org ISLAM.. Tapi kalau nama AMBIGA.. Baik saya hidup dengan Aman bersama keluarga.. " kisah Saddam Hussin telah menjadi pengajaran ". AMBIGA tu India.. Kita dah maklum... Org India di suka berbelit2.. Skrg mmg dia nk BERSIH.. Sbb itu jer bole tarik org ISLAM.. Tp.. Bila dah menang.. Jgn sampai kita semua kena naik Batu Cave pulak.. Fikir2kan lah.."

Takyah la kata ini takde kaitan dengan agenda politik. Dah diorang tak setuju dengan pilihanraya sebelum2 ni, kata pilihanraya sebelum ni kotor, sebab apa? Sebab diorang nak menang, nak naik kuasa. Aku mengaku aku tak mahir sangat bab-bab politik ini. Apa yang aku sebut kat atas ni, aku cuma tak setuju dengan cara demo BERSIH tu dan ketuanya . Gembiralah kaum lain tengok KAUM MELAYU BERAGAMA ISLAM BERGADUH SESAMA SENDIRI . *clap hands* 
Memang ada kaum lain yang turut serta demo ni, tapi kaum melayu majoriti.

Sebenarnya, aku lebih kepada sifat neutral . Yang sana aku ambil tahu, yang sini pun aku ambik port jugak. Aku lihat, baca dan aku nilai sendiri . And I'm not biased ! Ada ciri-ciri auditor tak?? .ok abaikan .
Aku biasa sembang hal-hal politik dengan roomate aku. Aku cakap, takpe la kalau PRU 13 ni jatuh ke tangan PR pun. Kita tengok apa perubahan yang mereka akan buat. Bagi peluang kan? Aku lebih suka macam tu. Sekurang-kurangnya semua pihak puas hati. Adil lagi saksama. Macam aku cakap tadi, aku lebih terbuka. Sekarang pun pendirian aku masih atas pagar. Taktahu kot nak pangkah mana PRU nanti. Aku nampak yang sebelah ni memang terang-terang banyak korupsi, skandal itu, skandal ini. Tapi yang sebelah sana, aku pun tak tahu setakat mana mereka mampu nak kekalkan MELAYU di TANAH MALAYA ni . Tu je yang aku risau. Aku takut KUASA RAJA dibatalkan. Perlembagaan digubal. Hak keistimewaan orang melayu ditarik.

Ok . Back to BERSIH. Ada yang aku tak berapa setuju jugak , pasal polis@FRU. Diorang patut biarkan je mereka yang nak berdemonstrasi ni. Kata negara demokrasi, hak kebebasan untuk bersuara. Kalau polis tak halang, tak buat sekatan, MAYBE mereka akan buat demonstrasi dalam keadaan aman sejahtera. Tak jadi lah pertumpahan darah, cedera kena gas pemedih mata dan lain-lain. Pekedai-pekedai di jalan TAR, SOGO pun tak perlu tutup kedai. Mungkin sambil berdemostrasi, mereka boleh singgah membeli-belah, kann?? Akhirnya semua pihak dapat capai win-win situation. =)

Panjang aku merepek malam ni. Tapi tula apa yang aku nak cakap. Apa yang terdetik kat fikiran aku ni sebagai gadis berusia 21 tahun, anak Selangor, mahasiswi UiTM dan tentunya RAKYAT MALAYSIA. Aku pun nak rasa hak kebebasan bersuara ni. Okey. Cukup kot. Macam ada orang baca, kan ?? Apa-apa pun tunggu jelah PRU13 nanti. Kalau PR kalah jugak, jumpa BERSIH 4.0 tahun depan. !

;saya sudah daftar mengundi. anda bagaimana?

Saturday, April 28, 2012

Ini kisah aku dan dia.

Aku dan dia.
Dia dengan egonya. Aku dengan egoku.
Dia dengan caranya. Aku dengan caraku.
Dia dengan kawan-kawannya. Aku? Aku dengan duniaku.
Banyak perkara kami tak seia.
Banyak benda kami tak sekata.
Aku sokong ****, dia sokong ***.
Aku cakap A, dia cakap B.
Dia ramah orangnya. Aku ramai kata sombong.
Dia pandai bergaul. Aku suka bersendiri.
Kami selalu bergaduh.
Aku marah dia, dia marah aku balik.
Aku merajuk, dia tak reti pujuk.
Dia merajuk, lagilah aku malas nak pujuk.
Aku seorang yang cepat marah. Dia 'sejuk' sentiasa.

Aku dan dia.
Banyak perkara aku luah kat dia.
Sedih, gembira, suka, duka, dia layankan saja.
Gembira di kelas, balik bilik aku menangis mengadu kat dia.
Semua benda, semua perkara, aku cerita kat dia.
Dia ajar cara bergaul dengan kawan.
Dia ajar untuk kawal perasaan marah,
Dia ajar untuk hormat ibu dan ayah.
Dengan dia, aku tak perlu pura-pura.
Depan kawan aku hanya tunjukkan 50% diri aku yang sebenar.
Depan dia, aku menjadi 150% daripada diri aku.
Banyak perkara kami berbeza.
Aku pun hairan macamana kami boleh bersama.
Apa yang aku tahu, sehari tak mesej, ada rasa tak kena.
Tapi setiap kali mesej, ada sahaja benda yang tak kena.
Pelik memang pelik.
Dulu Mei 2009. Sekarang hampir Mei 2012.
Jauh lagi perjalanan kami.
Cukup seorang yang aku kenal sebegini lama.
Aku taknak mula dari kosong untuk kenal hati budi yang lain.
Apa-apa pun, aku serahkan semua kepada takdir.
Kami memang merancang, Allah jua yang akan menentukan.
Hanya satu aku pinta, doakan kami kekal bersama selama-lamanya.


Friday, April 27, 2012

I love you till my last breath!




Happy 55th Birthday ibu !
27 Apr 2012

Maybe I'm not your favourite, but I know, in deep from your heart you love me..
Thanx for be my lovely mom for 21yrs old ..
Even I never show how much I love you, but I always try to make you happy when I'm around.
Adik sayang ibu ...
XOXO



Published with Blogger-droid v2.0.4