Sunday, June 26, 2011

Oh Sekinchan Ikan Bakar.!

Hello !
Selepas beberapa hari takde posting , akibat berdukacita Jozan tak menang ML haritu , kini ku kembali . Dengan satu entri , satu misi dan satu Malaysia . oppss.. ke situ plak . Okey , tengok tajok pon dah tau aku nak cerita pasal Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang berkembang maju sekarang ni dengan memiliki lebih 10 cawangan di Selangor & KL . Kepada yang taktau Sekinchan tu kat mana , bawak-bawak la menggoogle sendiri ye . Malas aku nak nolong carikkan . ;p
Untuk sedikit informasi , *skema gler ayat* Sekinchan dengan rumah aku adalah dalam 20 minit je perjalanan . And it's my father hometown . Kirenya kampung aku la kan ? Baiklah baiklah , itu bukan main point nak story kat sini . 
First nak tanya , korang penah makan tak kat sini ? Camne korang rasa ? Sedap tak ? Best tak tempatnya ?? Tengahari tadi , pas ibu aku habis mesyuarat koperasi guru kat Kompleks Belia kat Shah Alam tu , kitorang (aku,ibu&ayah) decide nak try la makan kat restoran ni cawangan Shah Alam . Yela . Dah alang-alang kat Shah Alam kan . Memang before ni aku ada terbaca entry kat someone blog mention pasal makan kat restoran ni , cawangan Seksyen 7 Shah Alam . Dia kata makanan dia hanya indah khabar dari rupa . Mahal pulak tu . Dengan pekerja-pekerjanya yang no manners . Tapi kitorang saje jugak nak try . Sekali , terkena batang hidung . Camni , masa first melangkah ke kedai tu , okeyla . Suasana nya , agak selesa untuk makan dengan santainya . Then masuk terus pergi ke kaunter ikan  *as di mention atas setiap meja* nak pilih ikan bakar apa , and ambik keputusan nak makan ikan tilapia merah 2 & ikan kembung sekor . Bila duduk amik tempat , waiter datang amik order . Dalam menunya takde hidangan lain pun , hanya ikan bakar semata . Udang sotong kerang bakar adalah . I mean mereka hanya served only grilled foods . Cuma ada 1 sup ayam . Order nasi kosong 3 , sup ayam 1 mangkuk , air carrot juice , sirap bandung & teh'o panas . Sayur hanya ada ulam-ulaman . Masa tu customer tak ramai coz dah late lunch dah . around 2.30 . Tunggu punye tunggu around 3.15 baru makanan sampai . Kira la sendiri bape lama kitorang tunggu dengan hanya customer 3 meja yang awal order ikan bakar . Yang 2 , 3 meja tu nampak order nasi lemak je , cepatlah kan ? Tak kesahlah , janji makanan dah sampai . Okey , jujurnya I like the way they served that grilled fish . Dengan sambal banjir atas ikan . Sedap la jugak . Nak2 lagi ikan tilapia dia lembut . Isi dia putih gebu . Hahaha . Memang menikmati betul-betul . Bila dah settle semua makanan tu , my mom pegy kaunter nak buat pembayaran , kitorang expect harganya dalam RM60 camtu . Tapi total semua adalah RM88.50 !! Perghhh........... mahal gilak !! Hanya dengan 2 tilapia  besar tapak tangan and SEEKOR KEMBUNG . Kembung tu dia charge RM10 . Hahahha.. memang first and last la kitorang datang situ wehhh....  Tak berbaloi-baloi  ~ 
Serious tak kesah dengan harga camtu ktoran makan siakap ke , jenahak ke , udang beberapa ekor , tapi ikan tilapia je kot . Mak aku cakap harga ikan tu around RM5 - 6 je . Kalau lah diorang kata ikan2 tu di import dari Sekinchan , sepatutnya murah lah kan . Hmmm ... takpelah . Semoga diorang terus maju dengan cara macam tu . Aku bukan nak lingkupkan restoran ni , tapi agak-agaklah . And bukan family aku je tak puas hati , ramai kottt pas aku menggoogle about Sekinchan Ikan Bakar ni . Bytheway , harap maaf takde gambar ikanbakar tersebut . Kalau nak , google je okey???? ;p




Click + Ctrl untuk lebih kepuasan membaca .










 Ni ha bil nya...





Fuhh..cian mak aku , pas dapat elaun drpd mesyuarat koperasi tu , terus lebur duit makan kat sini . At first ayah aku teringin nak makan Lamb Chop kat Plaza Alam Sentral . Tapi aku ngan mak aku lah menggedik nak makan ikan bakar ni . Lunch lagipon , tak seswai nak makan western . kena nasi gak . hehe . Ape-ape pun , aku seronok dapat sepasang kasut . Weee~ thanx mom!!!


Mak aku sebok membelek brooch , aku sebok bergambar .
*kasut tu grey colour sebenarnya , jadik hitam pulak*

;esok ke Hospital Selayang . Have medical treatment . Nervous2 kena inject!!!

********************************************************* 
FINISH READ IT ? 
PLEASE CLICK MY ADS NUFFNANG . MILLION THANX !!!

0 LOVE♥:

Post a Comment