Tuesday, June 28, 2011

Join bloglist.

Jom jom join BLOGLIST BUDAK KUAT PERASAN . Uishh....baguz la budak macam ni . Takpayah nak cover cover malu yang dia memang perasan . Tak macam sesetengah orang , dah memang perasan , tapi malu malu kucing pulakk . Opss...terase ke ? ok abaikan . Sape2 blogger nak join bloglist ni , cepat cepat tekan banner bawah ni . Tarikh tutup penyertaan HARI INI !!! 





Ade upin ipin  la .
p/s: harap tuan punya blog , aremieroul , 'perasan' la ye kehadiran ku ini . 
^_^


********************************************************* 
FINISH READ IT ? 
PLEASE CLICK MY ADS NUFFNANG . MILLION THANX !!!

I like Korean....

Quick entry.







Sorry to say..








but













Monday, June 27, 2011

Kisah kau dan aku.



Antara kau dan aku , terlalu banyak bezanya .Aku akui lelaki dan perempuan diciptakan berbeza supaya dapat melengkapi satu sama lain .Sepanjang hampir dua tahun perkenalan kita , banyak aku pelajari daripada engkau . Aku seakan baru mengenali dunia ini yang sebenarnya . Terlampau banyak memori indah mahupun pahit yang bisa ku kenang kembali . dan pastinya mustahil untuk aku melupainya hanya dengan sekelip mata .Mungkin aku sudah berjaya membuat engkau membenci diriku . Tapi percayalah , ini untuk kebaikan kita berdua .

Kau dan aku , 
banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki . 
Kau tak perlukan aku , sebagaimana aku tak perlukan kau untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini . Kita berdua yakin adanya Tuhan yang Maha Esa . Dia lah satu-satunya tempat yang selayaknya untuk kita memberi seluruh jiwa raga kita .

Aku tahu terlampau berat kita berdua hendak terima hakikat kerana kita berdua telah tergoda dengan bisikan syaitan yang direjam . Tapi selagi matahari belum terbit dari arah yang songsang , semuanya belum terlambat untuk kembali kepada-Nya .

Andai jodoh itu milik kita , aku tetap akan menjadi yang halal bagimu , kerana hanya itu yang ku mohon di dalam setiap doaku 
... 




hasil nukilan: Levlee G


Sunday, June 26, 2011

Oh Sekinchan Ikan Bakar.!

Hello !
Selepas beberapa hari takde posting , akibat berdukacita Jozan tak menang ML haritu , kini ku kembali . Dengan satu entri , satu misi dan satu Malaysia . oppss.. ke situ plak . Okey , tengok tajok pon dah tau aku nak cerita pasal Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang berkembang maju sekarang ni dengan memiliki lebih 10 cawangan di Selangor & KL . Kepada yang taktau Sekinchan tu kat mana , bawak-bawak la menggoogle sendiri ye . Malas aku nak nolong carikkan . ;p
Untuk sedikit informasi , *skema gler ayat* Sekinchan dengan rumah aku adalah dalam 20 minit je perjalanan . And it's my father hometown . Kirenya kampung aku la kan ? Baiklah baiklah , itu bukan main point nak story kat sini . 
First nak tanya , korang penah makan tak kat sini ? Camne korang rasa ? Sedap tak ? Best tak tempatnya ?? Tengahari tadi , pas ibu aku habis mesyuarat koperasi guru kat Kompleks Belia kat Shah Alam tu , kitorang (aku,ibu&ayah) decide nak try la makan kat restoran ni cawangan Shah Alam . Yela . Dah alang-alang kat Shah Alam kan . Memang before ni aku ada terbaca entry kat someone blog mention pasal makan kat restoran ni , cawangan Seksyen 7 Shah Alam . Dia kata makanan dia hanya indah khabar dari rupa . Mahal pulak tu . Dengan pekerja-pekerjanya yang no manners . Tapi kitorang saje jugak nak try . Sekali , terkena batang hidung . Camni , masa first melangkah ke kedai tu , okeyla . Suasana nya , agak selesa untuk makan dengan santainya . Then masuk terus pergi ke kaunter ikan  *as di mention atas setiap meja* nak pilih ikan bakar apa , and ambik keputusan nak makan ikan tilapia merah 2 & ikan kembung sekor . Bila duduk amik tempat , waiter datang amik order . Dalam menunya takde hidangan lain pun , hanya ikan bakar semata . Udang sotong kerang bakar adalah . I mean mereka hanya served only grilled foods . Cuma ada 1 sup ayam . Order nasi kosong 3 , sup ayam 1 mangkuk , air carrot juice , sirap bandung & teh'o panas . Sayur hanya ada ulam-ulaman . Masa tu customer tak ramai coz dah late lunch dah . around 2.30 . Tunggu punye tunggu around 3.15 baru makanan sampai . Kira la sendiri bape lama kitorang tunggu dengan hanya customer 3 meja yang awal order ikan bakar . Yang 2 , 3 meja tu nampak order nasi lemak je , cepatlah kan ? Tak kesahlah , janji makanan dah sampai . Okey , jujurnya I like the way they served that grilled fish . Dengan sambal banjir atas ikan . Sedap la jugak . Nak2 lagi ikan tilapia dia lembut . Isi dia putih gebu . Hahaha . Memang menikmati betul-betul . Bila dah settle semua makanan tu , my mom pegy kaunter nak buat pembayaran , kitorang expect harganya dalam RM60 camtu . Tapi total semua adalah RM88.50 !! Perghhh........... mahal gilak !! Hanya dengan 2 tilapia  besar tapak tangan and SEEKOR KEMBUNG . Kembung tu dia charge RM10 . Hahahha.. memang first and last la kitorang datang situ wehhh....  Tak berbaloi-baloi  ~ 
Serious tak kesah dengan harga camtu ktoran makan siakap ke , jenahak ke , udang beberapa ekor , tapi ikan tilapia je kot . Mak aku cakap harga ikan tu around RM5 - 6 je . Kalau lah diorang kata ikan2 tu di import dari Sekinchan , sepatutnya murah lah kan . Hmmm ... takpelah . Semoga diorang terus maju dengan cara macam tu . Aku bukan nak lingkupkan restoran ni , tapi agak-agaklah . And bukan family aku je tak puas hati , ramai kottt pas aku menggoogle about Sekinchan Ikan Bakar ni . Bytheway , harap maaf takde gambar ikanbakar tersebut . Kalau nak , google je okey???? ;p




Click + Ctrl untuk lebih kepuasan membaca .










 Ni ha bil nya...





Fuhh..cian mak aku , pas dapat elaun drpd mesyuarat koperasi tu , terus lebur duit makan kat sini . At first ayah aku teringin nak makan Lamb Chop kat Plaza Alam Sentral . Tapi aku ngan mak aku lah menggedik nak makan ikan bakar ni . Lunch lagipon , tak seswai nak makan western . kena nasi gak . hehe . Ape-ape pun , aku seronok dapat sepasang kasut . Weee~ thanx mom!!!


Mak aku sebok membelek brooch , aku sebok bergambar .
*kasut tu grey colour sebenarnya , jadik hitam pulak*

;esok ke Hospital Selayang . Have medical treatment . Nervous2 kena inject!!!

********************************************************* 
FINISH READ IT ? 
PLEASE CLICK MY ADS NUFFNANG . MILLION THANX !!!

Saturday, June 25, 2011

Contest #5: Belog Paling Comel


Blurpp.. masuk contest Belog  Paling Comel . oppss.. comel ke?? hahaha . bantai je la . Ape yang boleh aku ringkaskan , belog aku ni just simple and comey . Oke tak ? ;p
Thanx to adik Ed yang anjurkan contest ni . adoii . adik taw . hehhehe ... terase tuanya diri ini . Rasa blog korang comel gak ? Nak join contest ni ?? Klik saja banner atas tu .


SYARAT PENYERTAAN 

1.Mesti follow belog Ed dan Blush!
2.Contest ini bermula dari 24 Jun hingga 15 Julai.
3.Penyertaan seseorang itu haruslah tidak melebihi satu. Sekiranya didapati melebihi satu,korang akan dibuang serta merta!
4.Penyertaan hanyalah terhad untuk 20 orang! So, the early bird catch the worms!
5.Belog itu mestilah secomel-comelnya,sekreatif-kreatifnya dan semontel-montelnya!