Sunday, June 12, 2011

Dove VS Galaxy.

Hello all !

Kali ini I nak story pasal Dove chocolate & Galaxy choc . Korang pernah dengar atau makan dua2 cokelat ni tak ?? Dove ni bukan shampoo Dove ataupun sabun mandi dove . ni CHOCOLATE ok . boleh dimakan , no worries . yang Galaxy pulak , bukan rancangan gosip2 artis kat TV9 tu . Itu Galaksi . ok? Jelas dah semua ? Baiklah . cerita bermula macamni . Satu hari tu aku blogwalking kat page blogger Malaysia yang cantik , terkenal lagi tu , ala .. Hanis Zalikha . Dalam satu entry tu ada dia mention pasal kesedapan dan kelazatan chocolate Dove ni . Bila aku tengok chocolate tu , dalam hati "eh, macam cokelat Galaxy yg akak bawak balik dari mesir je.." . Pelanduk dua serupa kot . Pastu time aku balik Kedah beberapa minggu lepas , gi Giant kat Sg. Petani , my mom lah nak belikan cokelat sikit untuk cucu cucu sedaranya . Aku usha2 cokelat yang berkenan di hati . Tup tup nampak choc Dove . Aku grab la apelagi . Nak rasa sama ke ngan cokelat yang akak aku bawak balik setiap tahun tu . Menurut kata akak kesayangan aku , cokelat Galaxy kat Mesir boleh kira antara cokelat yang standard tinggi punya . mahal plak tu . Ape ape pun , aku tetap nak suruh dia beli lagi bawak balik untuk tahun ni . hehehe .. Ok . moh la aku tunjukkan beberapa persamaan antara dua cokelat nih .



Galaxy Crispy .


tu bungkusan je . dalam nye , macam ni....


*bg korang terliur*


Galaxy , New Shape Smoother Taste .
yupp .. setuju 100% . rasenye , fuhhh... tak terkata . :p




Flutes . Chocolate keluaran Galaxy jugak .

Flutes . yummyyy...





Okey , sekarang jom tengok pulak camne rupanye choc. Dove nie . Sama ke tidak ngan choc. Galaxy .

Rich Dark Chocolate .
woahh.. ni sejibik sebijik . tarak tipu punye ...
Design luar , gaya tulisan DOVE & GALAXY , rasa pon seakan2 ..

*Hari tu aku try crispy Dove . Galaxy pon ade crispy taste .*

Design ni lain ckit ngan choc Galaxy . Rasa macam tak nampak ada kat kedai .

So , conclusionnya , aku pun taktau samada mereka dari syarikat yang sama , dan dijenamakan semula ataupun hanya sekadar kebetulan sahaja . Kalau ikutkan , aku takdelah gemar sangat makan cokelat ni . Ok . Tipu ! But seriously , aku tak suka sangat cokelat Cadbury . Rasa manis dia macam manis susu je lebih . Prefer Kinder Bueno lagi . Saya Sedang Berbueno! Ape2 pun korang sokonglah cokelat buatan Malaysia , Beryl's . Cokelat ni sedap tu sedap la jugak , tapi tak berapa nak komersial . Oke . Semoga korang enjoy tatap cokelat2 yang menggiurkan ini . :))

Gambar sumber dari google.com.

;ambik ko sume page facebook aku bagi . kalau suka , LIKE2 la ye..





Saturday, June 11, 2011

Kenduri lagi.

Selamat Pengantin Baru

Pasangan Ahmad Azwan
&
Nurul Hanis

110611 (Sabtu)

Rasanya ini penutup majlis kenduri kahwin sempena cuti sekolah ni . Majlis ini adalah majlis jiran aku sendiri . Yeayyy ... first time kawasan taman rumah aku ada kenduri , *jiran aku especially* besar besaran pulak tu . Tema warna nya , maroon . Meriah mak ngah . hehehe . Jom lah layan gambar . bosan je kan dengar aku membebel .



Kad kahwin atas setiap meja makan

Aku suka pelamin dia ! nak macam ni jugak nanti !


Ketibaan Raja Sehari .
*hantaran bawah tu , toblerone . aku 'aim' je coklat tu . hahaha..*

Bunga sebagai pintu gerbang pengantin tu pun i like !
gambar bwh kiri: tetamu VIP , Dato' Seri Mustapa Mohamed (bride's uncle)


Apa yang aku selalu perhati kan, pengantin zaman la ni, takreti nak duk diam atas pelamin . kejap pandang kanan , pandang kiri , cakap cakap sesame diorg pun ada gak taw . Nyusahkan aku nak amek gambar je . huhuh ...

Ha , boleh pun duk diam . kan elok macam ni . ;)))
*baju pengapit macam tak seswai je kaler biru . kontra sangat laa .*



Atas ; rumah pengantin lelaki .
bwh ; rumah tukang amek gamba , rumah aku lah! hahaha. nak jugak...




The food !!
Makanan dia biase je . Standard kenduri kahwin ; beriani , ayam goreng , dalca , daging rendang ..
tapi decoration tempat amek makanan dia ni aku suke !

ada kuih muih lagi sebagai pencuci mulut . Kuih seri muka tu i dah lama mengidam taw .
atas kanan ; my mom . ngah busy amek makanan untuk aku rombongan pengantin perempuan lah.




The Kompang Team !
*kompang dipalu , pengantin malu...*



lastly .............




































mestilah gambar aku . ngeeeeee~

apa ke hal dalam rumah pakai shades . perasan sniri .. ;p

PEACE ^_^


;kepada budak budak sekolah , selamat kembali ke alam persekolahan . cuti anda sudah tamat .. ;p





Friday, June 10, 2011

Jozan!!!!!!!!!!!!



Taip MLJOZAN20 hantar ke 32999

OMG ! OMG .! terbaekkk lah JOZAN minggu ni . Pls plss , vote for them ok .! They deserve for the title 'Maharaja Lawak' . Johan , Zizan , keep up the good work . Caye sama lu !!!!!!



Week 2 . Soul and his papa .


Magic week .


;aku sniri takpernah undi mereka . oppss..





Thursday, June 9, 2011

Fast Five.

Lamanya aku tunggu nak update movie Fast and Furious 5 atau nama ringkasnya Fast Five . Macam ketinggalan pun ada gak . Takpelah . yang penting ado . :)
Baiklah . Nak tanya sikit . Adakah anda sudah menonton filem ini ? Apa ???? Belum ??? Sesiapa yang belum tu , sangat sangat lah rugi tau tak . Baik pergi pawagam cepat , tapi ada ke lagi tayangan dia ? tak kesahla . habis kat panggung , tunggu dvd dia keluar . beli jangan tak beli . maksud aku , tengok jangan tak tengok . Superb la cite ni . Tak cakap banyak lah , Five stars for Fast Five . Semua scene nya sangat sangat mantap . tambah plak hero dia tu , alahai , malu nak cakap . heheheh. hero dia tu , feveret i . opss ... awk jangan marah ye . satu entri ni je cite pasal dia . boleh ye .... ok . Siapa heronya ? Vin Diesel la , kenal tak ? ala abang angkat aku . hahha. perasan jap .(^_*) Kalau aku jadi Mia*adik Dom lakonan Vin*, mesti rasa selamat je ada abang yang sungguh proctective macam tu . Aku taknak story lebih lebih jalan cerite die . mesti korang ramai dah tengok . Tak pun google je sinopsis Fast Five . ape susah . In short , Fast Five is fun and ridiculous!




mesti ada poster . Fast Five .



Gang rompakan . Team yang mantapppp !


One of the best scene . dua2 sama hebat .


and and ...



the




hero ....

.
...
....


...





......

...




..

Vin Diesel as Dominic Toretto .
abaikan rantai cross yang super besar tu , just focus on him , ok!


Bukti pembelian penontonan . erk .?


; Fast Six coming soon . 2013 . Can't wait!










New Header.

Hello readers . nampak tak ? nampak tak atas tu ?? header baru lah ! finally . lama gila aku dok menghadap laptop ni , dari pagi sampai tengah malam , follow satu persatu step tutorial yang diajar oleh cik intan . kalau sebelum ni , aku buat signature untuk blog , pun belajar dari dia . thanx sangat sangat kamu . Korang nak buat header sendiri jugak ? ok . pergi page dia tau . ;)))

about the header : simple je . Just for beginning . Baru nak berjinak-jinak dalam bidang photoshop ni . bukan senang taw . Perlu kan kesabaran yang tinggi .
dalam header tu ada cute teddy , flower , and heart , si dia la yang bagi sempena harijadi aku ke 20 tahun . Aku pernah buat entry pasal birthday aku . nak baca klik sini .

Okey . kepala dah pusing , mata dah berpinar . Masuk tidur dulu . Goodnight universe!