Saturday, April 24, 2010

Hooperz.



HOOPERZ mengisahkan kehidupan tujuh remaja yang menganggotai sukan bola jaring untuk pasukan kolej mereka. Mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi masing-masing hinggakan sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. Hooperz dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi antara pemain yang cekap menjaringkan gol untuk pasukannya.

Ketua pasukan Hooperz, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri.

Filem yang mengisahkan gelagat tujuh gadis yang punya personaliti berbeza namun dihimpunkan dalam sebuah pasukan bola jaring yang dinamakan Hooperz. Filem yang dilakonkan oleh Intan Nor Saina, Melissa Maureen Rizal, Anita Baharom, Juliana Evans, Dawn Jeremiah, Akma, Nur Zazleen Zulkafli, Adibah Nor dan Amy Mastura jelas menarik perhatian memandangkan barisan pelakon yang dipertaruhkan mempunyai karisma tersendiri di dalam bidang lakonan ini.



************


nk tgok kowt filem
nie... about netball..hurmm..tapela..tgu kat youtube or tv je la..hahhaha..ley x mcm tue.??:) tp aq kua ritu a day b4 tayangnnye..isy...syg tol.. aq mnt gler netball. smpai kaki aq sakit smpai skrg effect dri jatuh tyme men kt TIKL 2thun lps. huhuh... byk r kenangan ngn netball nie. my mom coach netball mse muda2 dlu..N player also. so, diturunkn kpd my sis N me.! mse sek.ren, femez r men ni. anak cikgu la katakan.. tp msok sek.men, kureng ckit..byk pesaing kottt..hikhikhihk....k la..tu je nk story....kalo de mse, pgy sni http://www.hooperzthemovie.com/

0 LOVE♥:

Post a Comment