Sunday, June 12, 2011

Dove VS Galaxy.

Hello all !

Kali ini I nak story pasal Dove chocolate & Galaxy choc . Korang pernah dengar atau makan dua2 cokelat ni tak ?? Dove ni bukan shampoo Dove ataupun sabun mandi dove . ni CHOCOLATE ok . boleh dimakan , no worries . yang Galaxy pulak , bukan rancangan gosip2 artis kat TV9 tu . Itu Galaksi . ok? Jelas dah semua ? Baiklah . cerita bermula macamni . Satu hari tu aku blogwalking kat page blogger Malaysia yang cantik , terkenal lagi tu , ala .. Hanis Zalikha . Dalam satu entry tu ada dia mention pasal kesedapan dan kelazatan chocolate Dove ni . Bila aku tengok chocolate tu , dalam hati "eh, macam cokelat Galaxy yg akak bawak balik dari mesir je.." . Pelanduk dua serupa kot . Pastu time aku balik Kedah beberapa minggu lepas , gi Giant kat Sg. Petani , my mom lah nak belikan cokelat sikit untuk cucu cucu sedaranya . Aku usha2 cokelat yang berkenan di hati . Tup tup nampak choc Dove . Aku grab la apelagi . Nak rasa sama ke ngan cokelat yang akak aku bawak balik setiap tahun tu . Menurut kata akak kesayangan aku , cokelat Galaxy kat Mesir boleh kira antara cokelat yang standard tinggi punya . mahal plak tu . Ape ape pun , aku tetap nak suruh dia beli lagi bawak balik untuk tahun ni . hehehe .. Ok . moh la aku tunjukkan beberapa persamaan antara dua cokelat nih .



Galaxy Crispy .


tu bungkusan je . dalam nye , macam ni....


*bg korang terliur*


Galaxy , New Shape Smoother Taste .
yupp .. setuju 100% . rasenye , fuhhh... tak terkata . :p




Flutes . Chocolate keluaran Galaxy jugak .

Flutes . yummyyy...





Okey , sekarang jom tengok pulak camne rupanye choc. Dove nie . Sama ke tidak ngan choc. Galaxy .

Rich Dark Chocolate .
woahh.. ni sejibik sebijik . tarak tipu punye ...
Design luar , gaya tulisan DOVE & GALAXY , rasa pon seakan2 ..

*Hari tu aku try crispy Dove . Galaxy pon ade crispy taste .*

Design ni lain ckit ngan choc Galaxy . Rasa macam tak nampak ada kat kedai .

So , conclusionnya , aku pun taktau samada mereka dari syarikat yang sama , dan dijenamakan semula ataupun hanya sekadar kebetulan sahaja . Kalau ikutkan , aku takdelah gemar sangat makan cokelat ni . Ok . Tipu ! But seriously , aku tak suka sangat cokelat Cadbury . Rasa manis dia macam manis susu je lebih . Prefer Kinder Bueno lagi . Saya Sedang Berbueno! Ape2 pun korang sokonglah cokelat buatan Malaysia , Beryl's . Cokelat ni sedap tu sedap la jugak , tapi tak berapa nak komersial . Oke . Semoga korang enjoy tatap cokelat2 yang menggiurkan ini . :))

Gambar sumber dari google.com.

;ambik ko sume page facebook aku bagi . kalau suka , LIKE2 la ye..





2 comments:

  1. salam..

    wah saye tgh mencari coklat galaxy nie..kat malaysia nie mane nak carik? mmm kawan kate dkt putrajaya ade jual galaxy..i suke yg flutes punye..nyum2..

    hr tue bawak sekotak galaxy flutes, abis dah..ihihihi..nak carik stok..:D

    ReplyDelete
  2. Dove (sold as Galaxy in the United Kingdom, Isle of Man, India, Indonesia, Ireland and the Middle East) is a brand of chocolate made and marketed by the Mars company. Dove produces a wide range of chocolate, including milk chocolate, caramel, fruit and nut varieties, truffle and chocolate pieces with a folded milk chocolate center.

    ReplyDelete